F.O.L.L.O.W.E.R.S

Thursday, December 6, 2012

Dunia Blogku Terhenti

Assalamualaikum,lama sudah ku menghilang dari pandangan blogger2 laen.kini ku digelar seorang mahasiswa di sebuah Universiti bawah naugan MARA iaitu UNIKL MITEC di Pasir Gudang,Johor.Bermulanya aku masuk alam universiti nie,masa ku terbatas untuk mengupdate blog nie.

Hari nie aku tertanya2 kenapa aku ada masa hari nie nak update blog?haha,jawapannya,aku tengah cuti semester laa,cuti semester pertama.Perjalanan hidup aku sebagai mahasiswa baru saja bermula pada bulan julai lepas.Dunia blog nie aku terhenti kerana otak ku x berfungsi dan tiada idea nak buat entri baru walaupun sekarang blogger2 laen membuat duit dengan blog tapi aku tidak begitu.malas la nak update blog sebenarnya.

Aku kagum dengan blog adik aku,nie blog dia http://www.boyz-ed.com/ . sila la melawat blog dia nie,mula2 start dari bawah,guna blogspot tapi sekarang da guna .com,dahsyat budak ni,da la duit tiap minggu masuk,dlm nilai USD pulak tu.Dia rajin letak iklan hape ntah Churp2??chupa2??ntah...hahaha

Blog ku mula slow flownya,followers pon x ramai,okeylah...sampai sini saja,kalau ada masa lagi aku akan update blog nie,aku x sabar nak masuk semester kedua tahun depan then pada masa yang sama aku takut macam mana la result first semester aku. LotofLove.

Sunday, June 3, 2012

lama x update ....

lama sungguh x update blog aku nie,
dah berhabuk..
sapu sikit,sap sap sap,dah bersih sikit..
malam nie kenapa tergerak hati nak bukak blog
saja nak tengok ape yang menarik
ok blogger2,dh lama menghilang nie
sihat ke follower sy??
moga sihat2 semuanya k...
sekarang busy kerja laa
bulan last sy kerja...
takde masa nak update
sekarang nie nak rajin2 
buat entri laa,okeylah.


Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita bertumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita bertemu lagi...



Saturday, March 3, 2012

Beef steak a.k.a telur bistik??

Assalamualaikum,selamat pagi semua blogger,pagi nie nak share sikit r citer lawak yg berlaku semalam.semalam pegi keluar makan dengan family kt satu restoran nie,boleh katakan terkenal jugak r restoran tu,alaa luar putrajaya sikit je,dulu kedai makan je,sekarang dah jadi restoran,masyukk tu..tiap hari ramai jer orang makan kt restoran nie.


sorang-sorang order apa nak dimakan malam semalam,sampai turn adik nak order,dia order 'beef steak',woo makan western tu adik aku nie,abang tu tulis la dlm kertas order 'beef steak' kt ruang makanan bukan kt ruang western.

Dalam 20 minit jugak tunggu,yelaa masing2 order western,air dah lama sampai,x sampai 10 minit pon,mak dengan abah je makan masakan panas,sampai la tiga pinggan,aik?kenapa tiga pinggan,satu pinggan lagi nak tahu ape?
benda nie la dalam pinggan satu lagi tu.tanya la nie ape,boleh dia kata ni lah 'beef steak'
kitorang blurrrr,nie beef steak ke telur bistik?korang ingat ape?
telur bistik nie kan.

Hurmm,terpaksa la adik aku kena mintak nasi putih makan dengan TELUR BEEF STEAK nie,hahaha,xtahu la abang tu salah dengar ke apa,tapi masalahnye dia tulis kt kertas order tu dah betul "beef steak" tapi kt ruang salah,tukang masak baca dia buat la beef steak a.k.a telur bistik.hahaha.korang rasa sape salah??

Tuesday, February 28, 2012

yang kecik kacau yang besar (2SG)

Assalamualaikum semua,lama x update blog,sebab hari nie x keje,duk rumah je...tibe2 tengah aku sudah makan nasi,terjadi satu kejadian depan mata aku hari nie.cepat2 aku nak rakam aksi nie,nampak cam best je
nak tengok??bukak la video kt bawah nie...


Diorang nie sebenarnya budak2 yang mak aku jaga(mengasuh),budak perempuan yg baru boleh berjalan tu memang jenis hyperactive sikit,x kira sape..nak je kacau,hahaha,lagipon budak laki yg tengah minum susu tu manja sikit,hihihi,tu x melawan sangat..hahaha "terima kasih kerana menonton"

Tuesday, February 21, 2012

STPM Countdown-part 2

Assalamualaikum,hari nie 21 februari dah,tinggal lagi 2 hari result nak keluar,debaran makin kuat terasa,tetapi tarikh 23 februari tu bukan rasmi,tapi saje nak buat entri sal result stpm nie,takutnye....hari nie aku cuti,x keje pon tapi berjalan2 jugak shari,seharian ke?hihi,kenkawan aku pun ada jugak yg x tenang dah sekarang nie,mane xnye,tiba dapat info sal nie kan,yang still xtahu pon ada yang result akan keluar dalam masa terdekat nieh,haishh...n satu lagi,hari nie bufday ex aku laa,happy birthday awak,semoga awak happy selalu eh,cite lari dr tajuk kejap,ngee.semoga result kita cemerlang semua ye budak2 6 atas wira 1 n 6 atas wira 2(kelas aku nie),moga kita semua dapat masuk U ^_^

Monday, February 20, 2012

STPM Countdown-part 1

Assalamualaikum semua,hari ni 20 hb kan,rasa lama nak pulak bulan nie nak masuk bulaa mac.sebenarnya aku sekarang nie tengah takut,gementar,cuak semua ada,fuhh,bukan apa result stpm dah nak keluar thooo!!!
sorang nie cakap 23 februari,sorang tu cakap 7/8 mac result stpm keluar.haishh,kalau korang rasa apa??
hati sekarang x tenang nie....ya Allah,tolong tenangkanlah hati hambamu ini.aminn.aku mula tulis nie sebab aku baru dapat berita dari kawan aku yg result akan keluar dalam masa 3 hari nie,tapi tapi kan,sebenarnya tarikh tu x confirm lagi tapi hati x tenang nie...kawan2 tolong doakan kejayaan saya ok,bukan saya sorang,kawan2 form 6 saya jugak....InsyaAllah kami berjaya semua,AMIN

Tuesday, February 14, 2012

say NO to valentine's day


Assalamualaikum,apa khabar semua,moga sihat2 belaka ye...hehe,lamanya saya x update blog nie,hari ni ada masa terluang sikit nk buat entri,hari ni kan 14 feb,korang mesti tahu hari apa kan??hari kekasih lorr.disini saya ingin menegaskan kepada seluruh umat islam,jgnlah kita sambut hari 'valentine' nie.


perkataan 'valentine' korang tahu x asal drpd nama sape?dari paderi yahudi iaitu St.Valentine.teka mana saya tahu semua nie?hehehe,dari khutbah jumaat lepas,tok khatib bgtau,ngee2,terutama kepada anak2 muda yg sedang hangat bercinta tu,jauhi semua benda jadah nie kerana ia tidak mendatangkan apa2 faedah,mendatangkan maksiat ada laa...haishh.


p/s: say NO to valentine day


Monday, February 6, 2012

Staff diperlukan

Walk In Alamanda,
Aras Carrefour,P3
Putrajaya.

Vacancy as promoter(perempuan sahaja)
part time ~ RM 4.00/sejam
permanent ~ basic : RM 700
OT : RM 5.00/sejam
Commision :  Part time x 0.5%
             Permanent x 1.0%

*Ada sesiapa yg inginkan kerja,just datang Alamanda yea,kedai Walk In..heheee


Tuesday, January 31, 2012

berakhirnya januari

Assalamualaikum semua,sebelum tu nak tanya,nak baca x entri nie?kalau nak baca nak buat panjang,kalau xnak baca,nak buat pendek je,hahaha..xdelah gurau je,alahai,lamanye aku x update blog nie,tengok dah berhabuk,sawang semua ada,sapu sikit,sap sap sap.hihihi

hari ni 31 januari,dah nak masuk bulan 2 dah,aku x sedar pun,nak sedar camne,tarikh pun x tengok,asyik kerja kerja kerja,mana x nyer..haha.nk citer sikit peristiwa januari nie yg terjadi pada aku,dlm 10 hari bulan lau x silap,aku dapat batuk,selesema+demam teruk.dalam seminggu lebih jugak kot aku demam tp kerja tetap kerja.
2 hari lepas,aku panjat nak ambil kasut,nak turun tu boleh pulak salah landing,sempat tahan dengan tangan kat besi,nasib x patah tangan aku,Alhamdulillah..sekarang dah okey sikit.


yang x sabarnye adalah gaji nie,bila nak masuk nie...duk anggar2 dalam 1K lebih kot aku dapat bulan nie,campur main kutu lagi 6rat,banyak gx r.berakhirnye januari,berakhirlah sebulan aku kerja,nak merasa
duit dari penat lelah aku kerja,moga semuanya halal..aminn.

Sunday, January 15, 2012

OH TIDAK ! !

Assalamualaikum
selamat pagi  to all my lovely readers
nak tahu x kenapa tajuk entri OH TIDAK?
semalam sabtu kan,bos datang kedai daa
kelam kabut dibuatnya,yang x pakai uniform
semua terus pakai uniform,hahaa
da la garang bos aku tu,garang ke?
ikut mood,kadang2 swing.... 

nak cakap pasal bos,semalam dia datang
cakap kt supervisor kiteorg
semua staff pakai jeans..
ape jadahnye kalau pakai jeans?!
dia suruh kiteorg kerja nanti kena 
pakai seluar kain cotton or slack
warna hitam,mana nak cari??

x style laa kerja x pakai jeans,aduhh
mulai hari ni dah kena pakai,memang
x la kan,grrr...aku ada je slack hitam
hurm,nak buat camne,pakai jelah
OH TIDAKK,TAK SUKA LORR



Wednesday, January 11, 2012

oh batuk oh selesema

Assalamualaikum,
dah berapa hari keadaan aku macam nie,batuk selesema x baik2 lagi,ada dah dlm seminggu lebih kot.tapi sempat nak buat entri pasal benda nie.batuk sebenarnya bermula dengan kawan tempat kerja aku tu,dia batuk teruk tapi still kerja,maybe berjangkit dengan dia.satu tempat kerja kena serang batuk,tapi sorang dah sembuh,aku x sembuh2 lagi,nak kata makan ubat,aku dh telan ubat batuk(cap ibu dan anak),hahaha. ;)

rasa-rasanya bila sembuh nie,kadang2 buat aku tension gx,asyik duk batuk je,dah sakit dada aku nie.
satu lagi aku tengah alami,2 in 1 orang kata,dalam batuk tu aku selesema jugak,hari aku dapat batuk tu,hari tu jugak aku dapat selesema,siksanya nak bernafas,asyik ulang alik ke tandas sbb nak buat hingus,amboi,benda nie pon aku nak cite kew,hahaa..xpe2 nak tulis kan,malas nak padam balik,kome semua baca jelah,hihihi :)

bukan nak mintak simpati,nak mintak tolong je,tolong doakan saya cepat sembuh ek,kalau keadaan nie berterusan,nak kerja pun susah,susah nak bernafas kalau udara tersekat dalam hidung nie.sekali lagi,bukan mintak simpati taw... peace! (~_^)



Tuesday, January 3, 2012

Memories of 2010/2011


Assalamualaikum,


Walapun dah masuk tahun baru,aku tetap x boleh lupa kenangan aku bersama kawan2 aku dan junior2 aku kt SMK Putrajaya Presint 8(1).gambar kt bawah tu la sekolah aku dulu yg banyak kenangan pahit manis bg aku.



nie la pintu masuk tiap pagi aku untuk menuntut ilmu as upper 6 student.


mula2 aku masuk sekolah nie rasa macam xtahu arah tuju,tapi bila berjumpa dengan cikgu2 sekolah nie,semangat aku jadi lain,mendadak tinggi,haha..bukan apa,ramai cikgu cemerlang kt sekolah ni,cikgu2 dia pula sporting abes r,lagi2 cikgu2 form 6,cikgu lain pon sporting jugak yea..hihihi =)

disini jugak aku kenal ramai kawan baru dari sekolah presint lain dan sekolah dari luar.kawan aku banyak yg dari luar putrajaya,aku pun dari luar,lagi jauh,haha.tapi 2 tahun aku sekolah kt presint 8,full of sweet memories dan kadang2 ade jugak sournye,hihihi.kalau nak tahu sekolah nie sekolah yg mula2 dibuka dan sekolah angkat kepada PM kita..bangga x?mesti r...hahaha.

 sini la tempat ktorg assembly tiap isnin,tapi yg specialnya form 6 kt sekolah nie,duduk atas kerusi macam cikgu,bangga x?xde la bangga sangat,hahaha

 nie tangga nak ke pejabat,kt sini just pentadbir dan tetamu je boleh guna tangga nie tapi x tahu apa sebabnya,hihihi x sempat nk investigate.
"STUDENT NOT ALLOWED"


ni pandangan dari dewan perdana,dewan sekolah presint 8 ni laa,cantik x?bangga x?cantik dan bangga sangat2.kt pavilion tu la tempat di mana kalau hari sukan ke,aktiviti ape yg berkaitan dengan padang,kt situ la ktorg buat.

Sebagai senior kt sekolah nie,semua junior2 ktorg hormat r sebab ktorg abg2 diorang kn.di sini la aku mula study gilerr2 nak hadapi STPM utk tebus SPM yg x seberapa dulu,hihihi.suka duka kami bersama masih segar dlm ingatan aku.kt sekolah nie juga aku dapat gelaran 'atok' daripada junior2 aku iaitu ika dan syirah tapi xpe aku suka,aku ada suka sorang budak nie tapi anak cikgu yg ngajor aku pulak,malu laa kalau mak dia tahuu..hahaha.

panjangnye cite aku,mesti korang dh penat baca kan..okey2,sikit lagi,aku xkan lupa kawan2,cikgu form 6 n kawan yg penah kenal aku.terima kasih kpd cikgu2 yg telah banyak beri aku pengajaran,yg aku ingat,cikgu2 x penat pukul aku dan kawan2,kalau ada pon,cubit2 camtu jew sebab x siap kerja sekolah,hahaha.sekali lagi,aku x akan lupa korang semua dan cucu2ku ika,syirah n hanis(dia nie la),hahaha.dah penat eh bace entri nie..okey2. :) LOVE U ALL SO MUCH

p/s: sorry! peace no war



  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...