F.O.L.L.O.W.E.R.S

Thursday, December 23, 2010

Walk In Alamanda


Salam kepada blogger2 yg berada di Putrajaya,kunjungilah Walk In Alamanda,pelbagai jenis kasut antaranya ialah Le Sandee bg kasut perempuan,Lois,Sammoni,GPC,BlackHammer,IronSteel dan Camel Active bg kasut lelaki.Sekarang waktu promosi di sana sempena Hari Kristmas dan Tahun Baru.Datang beramai-ramai.Kepada siapa yg slalu ke Walk In,jadilah member,bkn di Putrajaya sahaja terdapat Walk In nie,di The Mines pn ada,dan banyak tempat lagi di seluruh Malaysia.

Tuesday, December 14, 2010

Filem Pecah Panggung Bulan Ini


Salam kepada semua blogger,jgn lupe pergi menonton movie Hantu Kak Limah Balik Rumah yg diarah oleh Mamat Khalid.Movie ini mengutip RM2 juta dlm masa 2 hari tayangan bermula pd 9 disember yg lepas.Jom rmai2 kita pecah panggung dan bergelak ketawa dlm pawagam.Movie yg diarah oleh Mamat Khalid ini terdapat moral values tersendiri,nk tahu ape moral values cerita ini..saksikan sendiri di pawagam2 yg terdekat dgn anda

Awas: Kanak-kanak bwh 13 tahun dan isteri2 yg mengandung perlu bimbingan ibibapa dan suami...

Saturday, December 11, 2010

Adakah pemain Kelantan akan menerima habuan ini?







HABUAN berjumlah RM200,000 menanti skuad Kelantan sekiranya mereka berjaya menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja pada perlawanan akhir menentang Kedah di di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Pengurus pasukan, Nudin Awang berkata, habuan tersebut meliputi hadiah kemenangan berjumlah RM30,000 serta bonus sumbangan peribadi beliau berjumlah RM15,000.

Selain itu katanya, Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) turut menjanji- kan hadiah istimewa iaitu pakej mengerja- kan umrah.

"Sekiranya menjadi juara, hadiah kemenangan tersebut akan diagihkan sama rata kepada semua pemain dan pengurusan pasukan.

"Bonus ini adalah sebagai pembakar semangat buat semua pemain untuk mempa- merkan aksi terbaik pada perlawanan akhir malam esok (malam ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Nudin berkata, beliau percaya pemain Kelantan mampu merangkul kejuaraan, sekali gus mengikut jejak langkah pasukan The Red War- riors yang memenangi Piala Malaysia buat julung kalinya, Oktober lalu.

Jelasnya, beliau mahu pasukannya menjadi pelengkap tahun gemilang bola sepak Kelantan dengan membawa pulang kejuaraan tersebut ke Kota Bharu, selepas muncul juara pada 2008 tetapi terkandas pada peringkat suku akhir tahun lalu.

Wednesday, December 1, 2010

Minyak naik lagi


Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam tadi, menurut sumber semalam. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Tuesday, November 30, 2010

Homework

Sempena cuti sekolah nie,mcm mlas la pulak nk buat homework erti kata lain kerja rumah...byk la pulak homework nie.2 assignment kena buat,BM n MUET..Untuk mengisi masa lapang ak..ak kerjalah,haha..buat duit poket,tp homework dlm proses la jugak.....

kepada: Budak 6AW2 tahun depan...sayang korang semua...

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Selamat hari raye maaf zahir dan batin Qimie ucapkan kpd sume umat Islam,xspecially kpd member2 lame kt kelantan n kwn2 at form 6 putrajaya presint 8(1),kpada abg2 kakak2 upper 6...i hope u all can do it the best in STPM coming soon..hehehe,harap dimaafkan sekiranya Qimie ad wt salah ngan sesiapa yg mengenali diriku ini.Kepada yg nk blik kampung,hati2 bla memandu 2 yea..harap2 smpi ke destinasi.Diingatkan kepada adk2 abg2 kakak2 yg nk maen mercun 2 hati2,jgn smpi taon dpn dgn jari xckup..akhir kata dr Qimie
"Happy Eid Maaf Zahir dan Batin"

Friday, July 30, 2010



Salam...nie lah aktiviti kteorg..nie sume bdak upper 6 n lower 6..bes gler byle first time g limkokwing nie...ermm p xdpt lak jmpe artis2 yg blajo kt c2..stacy,dafi...kot2 dyorg sorok kot cz xnk bergambar ngan kteorg..sbb kteorg amat gler cket,,hahaha......
tyme bes jgk byle nk berphoto2 kt limkokwing 2 n bergambar ngan owg putih..
PERINGATAN : Jgn nk mengumpat or mengata owg2 putih kt limkokwing 2 coz mereka dyeorg pham pe yg kta ckp cma dyeorg xreti nk ckp bm...hahaa...sekian,smpi cnie jer...hehehe
nk thu lbih lanjut tentang limkokwing..pegi la sndiri..heheh

Monday, July 19, 2010

SMK Putrajaya Presint 8(1)


Ini lah sekolah ak di presint 8,putajaya..ak kt cni sbgai abg lower 6 blom lg upper 6 yea..hehehe.kt sini ak dpt ramai kwn2 baru n kt sini jgak ler ak lbih hyper dr sblom nie.dlu ak sorg pendiam msse mula2 ak skola kt putrajaya..mse form 5 ak skola kt SMKPP 9(1)..jauh ckit dr apartment ak..ak ase sme jauh jer..hahaha..yg pnting mse form 6 nie lau nk btol2 berjaya kna la btol2 blaja..byle ponteng klas cfirm t'tggal pelajaran arr..
kt skola nie ak penah wt hal skali jer..ak ponteng mse Muet..Mam Azni Ahmad..So sorry to madam azni..niat ak msuk form 6 nie utk jd mcm abg ak yg kini telah tamat pengajian nye di UKM...dy cbar ak utk dpt 3.5 ke atas..Insyaallah..

Sunday, July 18, 2010

Family Day PDRM di Pullman






Sabtu-17 julai 2010,ak ikut skali family day PDRM di pullman presint 6..pg2 lg da bersenam n poco2 lak..basic step leh g lagi..msuk yg step ke-2 n ke-3..ermm,hancur..
hahaha..tp mknan nyer byk gler..ckp pe..sate,kmbing bkar,ABC,aiskrim,sume ad r..
sukaneka lawak r..tyme best byle dato' Wira Mohamad Sabtu(Ketua Polis KL)nyanyi lagu 'yunk' yg dipopularkn oleh Wali Band...n pengumuman persaraan Dato'Zakaria..ermm sedih laa jgak..hehehe.Apabila tiba utk cabutan bertuah..naik plak no 0895..hamper yg last..erm,dpt gx..ingt satu habuk pon xdpt..sblm nk blik smpat lg mengena kuey teow goreng...DELICIOUS n smpat g bergambar kt pullman 2..xmnt r b'gmbr2 nie..PADAHAL....c2 saja cter ak..tbe2 blank otak nk cter byk2..huhuhu..
Tahun dpn mngkin ad lg family day..ttp xthu plak wt kt mane..so,ak harap thun dpn ad lg..best kot ikut function nie..bleh berpeluh r gx..

Saturday, July 17, 2010

Pengiktirafan 2010 Brabus


Dalam tempoh lebih tiga dekad, Brabus terus mencatatkan kejayaan yang membanggakan termasuk memegang rekod kenderaan terpantas bagi kategori sedan, coupe dan SUV selain terus kekal pada kedudukan itu tanpa sebarang saingan.

FOKUS utama Brabus adalah memaksimumkan prestasi enjin untuk kepuasan pelanggan.

JENAMA Brabus bukanlah satu nama asing yang perlu diperkenalkan dalam industri pemotoran. Dikenali kerana menghasilkan kenderaan mewah yang berprestasi tinggi, jenama itu terus kukuh dan semakin berkembang sejak ia mula diasaskan oleh Prof. h.c Bodo Buschmann yang juga Ketua Pengawai Eksekutif syarikat itu di Bottrop, Jerman pada 1977.

Kini syarikat itu antara pengeluar utama kenderaan berprestasi terbesar di dunia dengan kualiti penalaan kenderaan selepas pasaran khususnya bagi jenama Mercedes-Benz, Smart dan Maybach.

Fokus utama Brabus untuk memaksimumkan prestasi enjin dengan meningkatkan kuasa kuda dan torknya di samping melakukan pengubahsuaian kenderaan mengikut cita rasa pelanggan.

Ia menawarkan pengubahsuaian ringan bermula daripada pemasangan spoiler, bodykit dan rim aloi multi-piece sehingga ke peringkat meningkatkan prestasi kenderaan seperti pemasangan LSDs, sistem ekzos perlumbaan dan pemetaan enjin.

Jika diukur prestasi enjinnya, ia bermula dari serendah 200 kuasa kuda (150 kW) blok K4 untuk model SLK Roadsters dan CLK-Class sehingga ke 730 kuasa kuda (540 kW) blok turbo berkembar bagi model CL-Class, CLS-Class, G-Class dan S-Class.

BRABUS dikenali sebagai pengeluar utama kenderaan berprestasi dunia.

Dalam tempoh lebih tiga dekad, Brabus terus mencatatkan kejayaan yang membanggakan termasuk memegang rekod kenderaan terpantas bagi kategori sedan, coupe dan SUV selain terus kekal pada kedudukan itu tanpa sebarang saingan.

Di Malaysia, jenama itu mula bertapak sejak tahun 2001 melalui usaha sama syarikat Naza-Brabus Motor Sdn. Bhd. sebagai pengedar tunggal termasuk di Singapura dan kini mempunyai dua cawangan yang terletak di Petaling Jaya dan Bangsar.

Baru-baru ini, Brabus diundi sebagai jenama penalaan kenderaan terbaik dan popular oleh majalah kereta terkemuka Jerman, auto motor und sport bagi tahun kelima berturut-turut sejak tahun 2006.

Undian itu disertai hampir 100,000 orang pembaca dan dalam tinjauan yang dilakukan, keupayaan jenama itu sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi apabila mendapat 49.2 peratus undi.

Kejayaan itu membolehkan syarikat tersebut mendapat gelaran sebagai Jenama Terbaik 2010 dalam kategori Syarikat Penalaaan Kenderaan.

Thursday, July 15, 2010

Man Utd set for Lahm move

Man United set for Lahm move

Manchester United are getting ready to make a bid for Germany and Bayern Munich right-back Philipp Lahm.

According to a report in Kicker, United are looking to shore up their backline by signing the influential 26-year-old.

Lahm was impressive in the World Cup as he captained his young side to a semi-final appearance. Although only in his mid-twenties, he is already a veteran with a wealth of domestic and international experience to bank on.

It is reported that Sir Alex Ferguson was impressed by the German when Manchester United were beaten by Bayern Munich in the Champions League quarter-finals last season and has had an eye on him since then.

United are looking to bring in a replacement for the ageing Gary Neville - whose weary legs were a liability for the Red Devils at various points in the season.

Rafael da Silva, touted as Neville's successor at Old Trafford, still lacks the experience to perform at the highest level on a consistent basis.

In fact, the 20-year-old endured some torrid matches last season - none more so than in the game against Bayern Munich when he could not handle the slippery Franck Ribery and was sent off.

Lahm has age, experience and undoubted pedigree on his side - something that Ferguson would need as he seeks to wrest the Premier League crown back from Chelsea.

Sunday, June 20, 2010

Netherlands: Juara world cup 2010


Salam semua..

Hari ni qimie baru aktif nak berblogging..dah lama tinggal blog ni..entah kenapa hari ni qimie rasa nak buka blog semula..hehe..ok la, nak cerita pasal bola ni..kan world cup dah tiba..qimie jalan2 di alam maya dan berjumpa la dengan blog Denaihati.com..

Blog tersebut ada menganjurkan contest yang agak menarik dan simple tetapi hadiah cukup lumayan..contest 2 just memerlukan kita buat entry pasal pasukan pilihan kita bagi world cup tahun ni..senang je kan..

Pasukan pilihan qimie kali ni pastinya Netherlands atau nama panggilan 'The Oranje'..hehehe..walaupun pasukan ni tak diletakan sebagai pilihan tetapi qimie rasakan yang pasukan ni boleh jadi juara edisi kali ni.


Dengan barisan pemain muka lama dan baru pastinya pasukan lawan gerun akan kehadiran pasukan The oranje ini..Dikemudi oleh tonggak yang berpengalaman seperti Sneijder, Van Persie, Kuyt dan ramai lagi bintang dalam pasukan tersebut..


Qimie harap pasukan The Oranje jadi juara kali ni dan bolehla qimie dapat RM250 dari Denaihati..InsyaAllah kalau ada rezeki :)

Kerja Kosong : KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di syarikat kami:

Jawatan

1. Pemandu Lokomotif
2. Pengurus Stesen
3. Juruteknik Awam Pelatih
4. Juruteknik Mekanikal/Elektrik/Elektronik

Download iklan lengkap di sini

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PENGURUS BESAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
IBU PEJABAT KORPORAT KTM BERHAD
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50621 KUALA LUMPUR

Tarikh tutup : 15 Jun 2010 / 1 Julai 2010

Kerja Kosong : Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS)

Majlis Agama Islam Selangor mempelawa anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

Jawatan

a) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
b) Penolong Pegawai Penilaian
c) Pembantu Penilaian

Download iklan lengkap di sini

Tarikh tutup : 18 Jun 2010

Tuesday, March 9, 2010

Sut robot..


Salam..sut robot kini telah diperkenalkan di Denmark. Dalam kosmo hari ini memaparkan artikel mengenai kejayaan mereka sut robot yang dikenali dengan nama Hybrid Assistive Limb (HAL). Sut robot ini dihasilkan untuk membantu pesakit-pesakit yang lumpuh untuk berjalan atau memudahkan penjaga membawa pesakit.

Satu penciptaan yang bermanfaat daripada perekanya iaitu firma Cyberdyne Inc. Alat tersebut berfungsi menerusi denyutan elektrik. Sut robot ini telah dicuba guna oleh PM Denmark, Lars Loekke Rasmusse. Apabila Rasmussen yang memakai baju tanpa lengan itu membengkokkan tangannya, alat pengesan yang dilekatkan pada kulitnya mengesan pergerakan tersebut menerusi denyutan elektrik.

p/s: semakin hari teknologi di dunia ini semakin canggih..tetapi kecanggihan teknologi tidak menjamin persekitaran yang aman...

Friday, March 5, 2010

Kereta elektrik buatan tangan

Pada masa sekarang, kemudahan kecanggihan teknologi amat pantas sekali..Bahkan boleh dikatakan setiap hari kita akan terbaca tentang teknologi-teknologi baru yang dikeluarkan oleh pengedar..
cute kan...

Ketika dahulu tidak pernah terfikir di benak fikiran bahawa manusia mampu mencipta kereta elektrik buatan tangan..Tapi sekarang di Jepun, sebuah syarikat kecil di Jepun mengambil pendekatan berbeza apabila mengeluarkannya dengan menggunakan tangan.

Takeoka Jidosha Kogei merintis perniagaan itu sejak 1981 dengan membina kereta mini untuk golongan kurang upaya, sebelum membuat kereta elektrik pada tahun 1990-an dengan bantuan syarikat elektrik tempatan.

Kereta elektrik model T-10 yang dikeluarkan itu mempunyai satu tempat duduk itu cukup untuk menempatkan seorang pemandu dewasa, selain ruang ekstra bagi binatang peliharaan kecil sebagaimana diminta oleh pelanggan.

Sama seperti kereta elektrik yang lain, ia menggunakan bateri lithium-ion dan boleh dicaj dari soket elektrik konvensional

Wednesday, March 3, 2010

Robot Bola Sepak


Demam piala dunia semakin dirasai di seluruh dunia..sekarang cuma tinggal 100 hari lagi untuk kejohanan paling berprestij di dunia itu dilangsungkan di bumi Afrika Selatan. Penganjuran di benua Afrika itu adalah yang pertama di dunia.

Dalam pada kerancakan liga-liga utama sedang berlangsung, robot-robot bola sepak dipertontonkan kepada umum. Empat robot itu yang tingginya kira-kira 60 sentimeter dan dinamakan Rajesh, Penny, Sheldon serta Leonard merupakan sebahagian pasukan B-Human yang memenangi kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Robot di Austria pada tahun lalu.

Seorang kakitangan Universiti Bremen yang terlibat dengan pengeluaran robot pasukan B-Human, Wiebke Sauerland berkata, ia menggunakan teknologi pengecaman warna dan garisan untuk 'melihat' bola (jingga), padang (hijau) dan gawang (kuning serta biru).

Tuesday, March 2, 2010

Karnival Malaysia Inovatif 2010


Karnival Malaysia Inovatif zon utara telah diadakan di Kangar, Perlis..Karnival tersebut telah diselaraskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). karnival ini telah disempurnakan oleh D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Tujuan utama karnival ini dijalankan adalah bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.


Wednesday, February 10, 2010

Apa yang ada pada sebuah monitor


Salam..topik yang nak diperkatakan hari ini adalah tentang sebuah monitor. Tentunya umum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan perkataan monitor. Tapi sejauh mana pengetahuan kita tentang monitor?

Apabila menyentuh mengenai dunia komputer peribadi (PC) pengguna, masyarakat sering kali mengaitkannya dengan unit pemprosesan komputer (CPU), sistem operasi atau jenis pemprosesannya yang memberi nyawa ketika menghidupkan komputer.

Ibarat aur dengan tebing, komputer tidak lengkap tanpa paparan monitor yang memainkan peranan penting menjelaskan imej yang ditafsir daripada kod nombor dibaca CPU menjadikan gambar terpampang pada skrin.

Menurut bahasa komputer, monitor terletak di bawah kategori unit paparan visual yang berupaya memaparkan visual dijana pemprosesan grafik menerusi kad grafik.

Boleh dikatakan, peranti memaparkan imej terbabit mempunyai dua jenis spesies pada masa kini termasuk tiub sinar katod (CRT) dan pemapar cecair kristal (LCD) yang berlegar di pasaran.

Selain itu, dunia perkomputeran turut mengklasfikasikan monitor kepada empat jenis iaitu monokrom, warna, segerak berbilang dan paparan kecerahan elektro (ELD).

Mutu monitor tergantung kepada beberapa faktor terutama bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya kerana lebih banyak pikselnya, lebih tajam teks dan grafik yang dicetuskan.

Pada awalnya semua monitor tergolong dari jenis CRT sama seperti yang dilihat menerusi tiub televisyen namun kini populariti monitor jenis LCD kian mendapat perhatian dan bakal menggantikan CRT secara perlahan-lahan.

Semestinya monitor LCD lebih mencuri perhatian apatah lagi ia mampu ditempatkan pada ruang yang terhad, lebih ringan serta menjimatkan bil elektrik berbanding monitor terdahulu.

Paparan PC terawal menggunakan monitor monokrom digunakan untuk memproses imej perkataan saja yang digunakan sistem perkomputeran terdahulu pada 1970-an sebelum IBM memperkenalkan sistem lain pada 1981.

Sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA) pada tahun itu berjaya memperkenalkan empat warna dengan meleraikan piksel kepada 320 secara mendatar dan 200 menegak (320 x 200).

Teknik peleraian CGA sudah cukup untuk kegunaan permainan komputer mudah seperti permainan ’solitaire’ namun ia tidak mampu memproses perkataan, aplikasi dan penggunaan grafik mudah.

Pada tahun 1984, IBM memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA) yang dapat memberikan sehingga 16 warna berlainan dan peleraian sehingga 640 x 350.

Secara tidak langsung, ia memperbaiki kualiti berbanding paparan lebih awal selain memungkinkan pembacaan teks yang lebih mudah.

Sungguhpun begitu, EGA tidak memberikan peleraian imej mencukupi untuk kegunaan bertahap tinggi seperti reka bentuk grafik.

Yang menariknya, mod EGA masih boleh didapati untuk pemprosesan lama dan PC pada kediaman lama.

Sementara itu, pada tahun 1987, IBM memperkenalkan sistem paparan Susunan Grafik Video (VGA).

Sistem terbabit masih digunakan sehingga sekarang dan dijadikan piawaian minimum yang dapat diterima untuk PC dengan peleraian maksimum bergantung kepada bilangan warna dipaparkan.

Pengguna boleh memilih antara enam belas warna pada 640 x 480, ataupun 256 warna pada 320 x 200.

Menjelang tahun 1990, sekali lagi IBM melangkah untuk mengumumkan sistem paparan Susunan Grafik Terluas (XGA) sebelum mengetengahkan versi berikutnya, iaitu XGS-2 yang memberikan peleraian 800 x 600 piksel dalam warna yang benar (16 juta warna).

Ia juga mampu membuat peleraian 1024 x 768 dalam 65,536 warna.

Kedua-dua tahap peleraian imej ini terus mendapat permintaan hebat di pasaran pada hari ini.

Persatuan Piawaian Elektronik Video (VESA) pula mengasaskan antaramuka pengaturcaraan piawaian untuk paparan Susunan Grafik Video Super (SVGA) yang digelarkan Sambungan BIOS VESA (“VESA BIOS Extension”).

Lazimnya, paparan SVGA dapat mendukung palet sehingga 16 juta warna bergantung kepada jumlah memori video tersedia dalam sesuatu komputer yang akan mengehadkan bilangan warna dapat dipaparkan.

Spesifikasi peleraian imej berbeza-beza. Pada umumnya, lebih besar skrin Monitor SVGA, lebih banyak piksel dapat dipaparkan secara datar dan tegak.

Zaman moden turut melampiaskan ‘peluhnya’ kepada monitor ala baru menerusi Susunan Grafik Terluas Super (SXGA) dan Susunan Grafik Terluas Ultra (UXGA).

Kebiasaannya, istilah SXGA digunakan untuk merujuk kepada skrin yang mempunyai peleraian 1280 x 1024 manakala UXGA membawa pengertian kepada peleraian 1600 x 1200.

Manakala dua teknologi yang diperkenalkan pada monitor baru termasuk paparan berteknologi plasma dan diod sinar organik (OLED) yang mampu memberi keunggulan visual kepada pengguna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...