
cute kan...
Ketika dahulu tidak pernah terfikir di benak fikiran bahawa manusia mampu mencipta kereta elektrik buatan tangan..Tapi sekarang di Jepun, sebuah syarikat kecil di Jepun mengambil pendekatan berbeza apabila mengeluarkannya dengan menggunakan tangan.Takeoka Jidosha Kogei merintis perniagaan itu sejak 1981 dengan membina kereta mini untuk golongan kurang upaya, sebelum membuat kereta elektrik pada tahun 1990-an dengan bantuan syarikat elektrik tempatan.
Kereta elektrik model T-10 yang dikeluarkan itu mempunyai satu tempat duduk itu cukup untuk menempatkan seorang pemandu dewasa, selain ruang ekstra bagi binatang peliharaan kecil sebagaimana diminta oleh pelanggan.
Sama seperti kereta elektrik yang lain, ia menggunakan bateri lithium-ion dan boleh dicaj dari soket elektrik konvensional
No comments:
Post a Comment