F.O.L.L.O.W.E.R.S

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Adakah pemain Kelantan akan menerima habuan ini?







HABUAN berjumlah RM200,000 menanti skuad Kelantan sekiranya mereka berjaya menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja pada perlawanan akhir menentang Kedah di di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Pengurus pasukan, Nudin Awang berkata, habuan tersebut meliputi hadiah kemenangan berjumlah RM30,000 serta bonus sumbangan peribadi beliau berjumlah RM15,000.

Selain itu katanya, Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) turut menjanji- kan hadiah istimewa iaitu pakej mengerja- kan umrah.

"Sekiranya menjadi juara, hadiah kemenangan tersebut akan diagihkan sama rata kepada semua pemain dan pengurusan pasukan.

"Bonus ini adalah sebagai pembakar semangat buat semua pemain untuk mempa- merkan aksi terbaik pada perlawanan akhir malam esok (malam ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Nudin berkata, beliau percaya pemain Kelantan mampu merangkul kejuaraan, sekali gus mengikut jejak langkah pasukan The Red War- riors yang memenangi Piala Malaysia buat julung kalinya, Oktober lalu.

Jelasnya, beliau mahu pasukannya menjadi pelengkap tahun gemilang bola sepak Kelantan dengan membawa pulang kejuaraan tersebut ke Kota Bharu, selepas muncul juara pada 2008 tetapi terkandas pada peringkat suku akhir tahun lalu.

Sunday, June 20, 2010

Netherlands: Juara world cup 2010


Salam semua..

Hari ni qimie baru aktif nak berblogging..dah lama tinggal blog ni..entah kenapa hari ni qimie rasa nak buka blog semula..hehe..ok la, nak cerita pasal bola ni..kan world cup dah tiba..qimie jalan2 di alam maya dan berjumpa la dengan blog Denaihati.com..

Blog tersebut ada menganjurkan contest yang agak menarik dan simple tetapi hadiah cukup lumayan..contest 2 just memerlukan kita buat entry pasal pasukan pilihan kita bagi world cup tahun ni..senang je kan..

Pasukan pilihan qimie kali ni pastinya Netherlands atau nama panggilan 'The Oranje'..hehehe..walaupun pasukan ni tak diletakan sebagai pilihan tetapi qimie rasakan yang pasukan ni boleh jadi juara edisi kali ni.


Dengan barisan pemain muka lama dan baru pastinya pasukan lawan gerun akan kehadiran pasukan The oranje ini..Dikemudi oleh tonggak yang berpengalaman seperti Sneijder, Van Persie, Kuyt dan ramai lagi bintang dalam pasukan tersebut..


Qimie harap pasukan The Oranje jadi juara kali ni dan bolehla qimie dapat RM250 dari Denaihati..InsyaAllah kalau ada rezeki :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...