F.O.L.L.O.W.E.R.S

Tuesday, March 9, 2010

Sut robot..


Salam..sut robot kini telah diperkenalkan di Denmark. Dalam kosmo hari ini memaparkan artikel mengenai kejayaan mereka sut robot yang dikenali dengan nama Hybrid Assistive Limb (HAL). Sut robot ini dihasilkan untuk membantu pesakit-pesakit yang lumpuh untuk berjalan atau memudahkan penjaga membawa pesakit.

Satu penciptaan yang bermanfaat daripada perekanya iaitu firma Cyberdyne Inc. Alat tersebut berfungsi menerusi denyutan elektrik. Sut robot ini telah dicuba guna oleh PM Denmark, Lars Loekke Rasmusse. Apabila Rasmussen yang memakai baju tanpa lengan itu membengkokkan tangannya, alat pengesan yang dilekatkan pada kulitnya mengesan pergerakan tersebut menerusi denyutan elektrik.

p/s: semakin hari teknologi di dunia ini semakin canggih..tetapi kecanggihan teknologi tidak menjamin persekitaran yang aman...

Friday, March 5, 2010

Kereta elektrik buatan tangan

Pada masa sekarang, kemudahan kecanggihan teknologi amat pantas sekali..Bahkan boleh dikatakan setiap hari kita akan terbaca tentang teknologi-teknologi baru yang dikeluarkan oleh pengedar..
cute kan...

Ketika dahulu tidak pernah terfikir di benak fikiran bahawa manusia mampu mencipta kereta elektrik buatan tangan..Tapi sekarang di Jepun, sebuah syarikat kecil di Jepun mengambil pendekatan berbeza apabila mengeluarkannya dengan menggunakan tangan.

Takeoka Jidosha Kogei merintis perniagaan itu sejak 1981 dengan membina kereta mini untuk golongan kurang upaya, sebelum membuat kereta elektrik pada tahun 1990-an dengan bantuan syarikat elektrik tempatan.

Kereta elektrik model T-10 yang dikeluarkan itu mempunyai satu tempat duduk itu cukup untuk menempatkan seorang pemandu dewasa, selain ruang ekstra bagi binatang peliharaan kecil sebagaimana diminta oleh pelanggan.

Sama seperti kereta elektrik yang lain, ia menggunakan bateri lithium-ion dan boleh dicaj dari soket elektrik konvensional

Wednesday, March 3, 2010

Robot Bola Sepak


Demam piala dunia semakin dirasai di seluruh dunia..sekarang cuma tinggal 100 hari lagi untuk kejohanan paling berprestij di dunia itu dilangsungkan di bumi Afrika Selatan. Penganjuran di benua Afrika itu adalah yang pertama di dunia.

Dalam pada kerancakan liga-liga utama sedang berlangsung, robot-robot bola sepak dipertontonkan kepada umum. Empat robot itu yang tingginya kira-kira 60 sentimeter dan dinamakan Rajesh, Penny, Sheldon serta Leonard merupakan sebahagian pasukan B-Human yang memenangi kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Robot di Austria pada tahun lalu.

Seorang kakitangan Universiti Bremen yang terlibat dengan pengeluaran robot pasukan B-Human, Wiebke Sauerland berkata, ia menggunakan teknologi pengecaman warna dan garisan untuk 'melihat' bola (jingga), padang (hijau) dan gawang (kuning serta biru).

Tuesday, March 2, 2010

Karnival Malaysia Inovatif 2010


Karnival Malaysia Inovatif zon utara telah diadakan di Kangar, Perlis..Karnival tersebut telah diselaraskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). karnival ini telah disempurnakan oleh D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Tujuan utama karnival ini dijalankan adalah bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...